Bila dah dewasa, seakan akan baru tersedar bagaimana dunia berputar.. Sungguh, kehidupan kanak-kanak sangat seronok, tiada beban di bahu dan di otak. Waktu usia begini, pahit maung telah ditempuh, manisnya ada, tapi ditampar kuat. Ditampar seolah olah baru tersedar hidup ini sangat memerlukan Allah. Tiada daya sedikit pun untuk menghadapi semua ini tanpa Allah. Semua Allah atur. Dulu terlupa, lalai, seolah tak sedar..
Bila diberi ujian demi ujian, nikmat demi nikmat, baru sedar diri ini penuh sombong, penuh lalai, menyiakan apa yang ada. Sangat struggle untuk melawan nafsu mazmumah diri sendiri.. kerana terus terusan melakukan kesalahan, seakan tak tahu yang hidup ini untuk apa.. sikap macamni seolah olah sudah sebati..
Adik adik, percaya lah, hanya Allah boleh tolong kita semua. Satu masa, kita akan merasakan tiada manusia yang dapat menolong, malah ada yang memerli menyindir mengejek, even parents kita sendiri, sebab dieorg hanyalah manusia, yang akan melakukan kesalahan.
Berat sangat dada dan perasaan sehingga tiada kata untuk ungkap segala rasa..
Hanya kepada Allah aku berserah.
Semoga Allah kurniakan daku husnul khatimah dan diampunkan dosa semuanya.. ya allah, masukkanlah aku dalam golongan yang bersyukur dan bersabar, redha dengan segala qada dan qadar mu.
No comments:
Post a Comment