Thursday, February 5, 2015

Cara-cara menggunakan ubat titis mata/eye drop dengan betul

Assalamualaikum wrt

Beberapa minggu lepas, mak aku nak guna eye drops disebabkan oleh bacterial conjunctivitis. Dia mengadu selalu je ubat tu masuk ke dalam tekak. Pahit rasanya. So, aku nak bagitahu cara nak guna eyedrop dengan betul.

1. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas. Sangat penting ye basuh tangan lepas guna ubat supaya takde la tetibe rasa pahit ubat masa makan nasi :)

2. Dalam posisi duduk/berbaring, dongak ke atas, mata kita menghadap siling

3. Tarik kelopak mata bahagian bawah, seolah-olah membentuk satu poket.
Nampak tak poket tu?
4. Pastikan mata masih memandang ke arah atas, halakan ubat titis ke arah kelopak mata yang bawah itu. Pastikan muncung ubat titis (bekas ubat) tidak mengenai mata (untuk mengelakkan jangkitan tidak mengenai bekas tersebut)

5. Titikkan satu titis ubat mata ke dalam poket yang terbentuk.Pastikan hanya satu titis sahaja. Jika lebih dari itu, ubat akan mengalir keluar dari mata. Membazir.
Mata hitam memandang ke arah siling, bukan ke arah ubat tu, so kurang rasa gerun nak titiskan ubat
6. Tutup mata dan cuba untuk tidak berkelip untuk seketika. Jangan gosokkan mata.

7. Ketika mata masih tertutup, tekan bahagian mata tepi hidung untuk mengelakkan ubat masuk ke dalam "tear duct" seterusnya masuk ke dalam hidung/tekak. sebab tu la rasa pahit! dan satu lagi sebab ialah, kita nak ubat itu stay dalam mata selama mungkin untuk bertindak dalam mata kita. Tapi jangan tekan kuat sangat, tekan biasa-biasa je.

Picit kat tepi hidung tu

8. Jika doktor mengarahkan letak lebih dari setitis ubat dalam satu masa, ulang proses di atas dan pastikan titis kedua dilakukan beberapa minit selepas titisan pertama. Ini kerana, ruang mata hanya boleh menakung satu titis sahaja. Lebih dari itu, ubat akan mengalir keluar. Membazir!

9. Ubat titis mata hanya bertahan selepas 28 hari dibuka. Lepas 28 hari, sila buang ye!

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sy dah tekan beberapa kali kat bahagian mata tepi hidung tapi tetap rasa pahit kt tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas titis tu cuba akak minum air gula..gerenti hilang pahit..pahit akan manis jua akhirnya..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ye bila bubuh ubt titis mata mmg tkak akan rasa mcm pahit tk kiralah ubt titis mata yg klinik bg atau yg bli kt luar

    ReplyDelete