Monday, September 21, 2015

SELEPAS LASIK OPERATION UIA KUANTAN

Bismillahirrahmanirrahim

FIRST DAY (20/3/2015)

Terbangun pukul 5, nak celik mata tapi mata sangat pedih. Dan susah nak celik seakan2 kelopak mata digam. Bukak mata slow2 dan terus titik segala ubat mata. Alhamdulillah mata sangat terang. Cuma rasa pedih. Selepas breakfast, pergi klinik mata dan Alhamdulillah doktor cakap mata tiada masalah. Rasa pedih tu biasa sahaja. 

SECOND-THIRD DAY (21-22/3/2015)

Adik panggil aku dracula sebab langsung tak nak keluar dari bilik yang gelap. Mata sangat silau. Unfortunately, aku rasa mata makin kabur. Rasa agak sedih dan berdebar. Aku mesej hotline KLINIK UIA dan segalanya akan dicheck pada hari appoinment yang ditetapkan pada 23/3/2015.

FOURTH DAY (23/3/2015)

Tak sabar nak tunggu appointment yang ni sebab nak tahu kenapa mata kabur. Alhamdulillah doktor cakap hanya sel2 mata yang berkumpul betul2 depan anak mata. Prof tunjukkan sel2 mati  tu kat komputer dia. Alhamdulillah, so kiranya bukan masalah besar. Lega sangat. Prof cabut contact lens yang dipakai, Alhamdulillah langsung tak sakit.

Prof bagi pilihan samada nak cuci sel2 mati tu dan start balik pakai contact lens ATAU nak biarkan aje. Dia boleh di-removed bila kita kelip2 mata tapi ambik masa sikit. Aku semestinya pilih cara natural sahaja sebab taknak dah ulang episod-episod sebelum ni haha. Lepas balik tu lega.

FIFTH-SEVENTH DAY (24-26/3/2015)

Dah boleh slow2 tengok tv dan baca2 kat henpon sikit2. Mata pun semakin terang alhamdulillah. Selalu je kelip2 mata kononnya nak bagi sel-sel mati tu ke tepi sikit dan berdoa agar air mata dapat dissolve sel2 mati tu cepat2. Rasa pedih dan silau sangat berkurang.

Appoinment seterusnya:

27/3/2015
10/4/2015
19/6/2015
18/9/2015 --- LAST APPOINTMENT. DISCHARGED :)

Alhamdulillah mata aku terang dan tiada sebarang masalah. Tipsnya rajin2 letak ubat, jangan skip dose. Dan aku pakai artificial tears secara berterusan sehingga hari ini. 

Yes, silau aku masih ade tapi sangat2 berkurang. 3 bulan pertama,aku memang pakai shades ketika drive waktu siang. Sekarang ni, sebelum drive, aku titik artificial tears sebab bila mata kering, akan menyebabkan lagi silau.


beli kat WATSONS RM13.95 untuk 5mL. Ye, harga agak mahal, Walaupun 5mL, tapi aku perasan tahan hampir sebulan. Aku pernah tukar artificial tears brand lain tapi mata jadi pedih dan  kena guna dengan sangat kerap untuk elak dari mata kering. So far, yang ni memang best.

Aku nak ucap sangat2 terima kasih kepada Prof, doktor-doktor dan semua staff di Klinik UIA Kuantan. Servis dan layanan sangat baik walaupun kalian super busy.Doakan mata saya sentiasa sihat ye. 




Ok dah, tu je.

9 comments:

  1. Salam.
    Nak tanya apa lagi beza kita buat lasik di IIUM dengan yang kita buat kat private ie. Klinik Prof. Muhaya or PCMC selain harganya yang murah. :)
    Thanks.

    ReplyDelete
  2. Salam... seronok baca pengalaman PRK awak... cepat jgk awak discharged, saya discharged mmg ngam2 setahun... mata kiri saya tak dpt perfect vision, tp alhamdulillah, tak perlu berkaca mata sekarang... :)

    ReplyDelete
  3. Salam awak..sekarang ni condition mata awak mcmm mana ye?

    ReplyDelete
  4. Salam. Ada x email iium kuantan...eyes speacialist ni? Boleh x kalo share dgn sy. Sy pun berhajat nak buat lasik. Tq

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Lepas buat lasik, still kena pakai contact lens eh? Memang rabun tak fully hilang?

    ReplyDelete
  6. hurmm ape perkembangan terbaru ye mata awak . teringin tahu

    ReplyDelete
  7. Great Article it its really informative and innovative keep us posted with new updates. its was really valuable. thanks a lot. lasik 2020

    ReplyDelete
  8. This is a truly good site post. Not too many people would actually, the way you just did. I am really impressed that there is so much information about this subject that have been uncovered and you’ve done your best, with so much class. If wanted to know more about green smoke reviews, than by all means come in and check our stuff. Yaldo Eye Center in Grand Rapids Michigan

    ReplyDelete