Bismillahirrahmanirrahim
Ok sambung cerita LASIK.
Aku operate pada 19 Mac 2015.
18 MAC 2015- SEHARI SEBELUM OPERATE
Lebih kurang pukul 6.30am, staff IIUM Eye Specialist Clinic telefon aku. Akak tu cakap aku dapat method PRK. Masa tu aku berdebar sangat sebab dalam kepala aku alamak PRK pedih lepas operate! Aku dah survey bebanyak dalam blog2 orang lain. Semua kate pedih!
Malam tu aku berdoa je banyak2.
p/s: sebenarnya, tak seteruk yang disangka okay, dont worry.
19 MAC 2015-OPERATION DAY YEAY
Bangun tidur pepagi tu rase tenang je alhamdulillah. Seperti biasa bertolak awal pagi ke IIUM Kuantan dengan famili. Breakfast kenyang-kenyang. Satu pinggan kuey teow no hal la boleh habis hihi.
Sampai aje dekat klinik tu, buat pembayaran dulu, rm3200 (masa appointment kedua dah bayar rm300). Akak kat kaunter pembayaran tu dah kasi siap2 beg yang ada segala ubat dan kaunsel aku macamana dan bila nak guna ubat-ubatan tu. Pastu tunggu je giliran untuk dioperate dan aku punye giliran last sekali.
Nama dipanggil, buka kasut dan masuk bilik "persediaan-before-operation". Spek mata dah bagi dekat mama siap-siap yang tunggu kat luar bilik tu. Bawak masuk diri sendiri dan beg ubat yang dia bagi tu.
Kena tukar baju hijau/biru (lupa kaler ape) yang dia bagi dalam bilik persalinan. Tak best okay sebab masa tu rabun pastu masuk bilik asing, terkial-kial dan muka staff dia pun dah nampak kabur benor. Pastu akak tu tepekkan kapas kat tepi telinga dan masa tu rasa macam teletubbies dah ahahaha. Kapas tu kene tempek sebab nanti masa operate dia sembur2 air kat mate kang masuk telinga. Alhamdulillah tak nervous tapi excitedddd sangat nak operate.
Lepas tu, tunggu lagi doktor panggil untuk operate. Sebelum masuk dalam bilik operation yang bebetul punya, prof titiskan ubat mata yang aku lupa dah untuk ape. Masa tu dah tak tanya dah. Tak tahu la sebab nervous ke sebab excited.
Bila masuk operation theatre, terkejut sebab mesin tu besar dan kerusi besar ada satu je. Pastu baring je ikut je cakap prof. Jangan nak melawan pulak okay. Prof dan staff tu tahu kerja dieorang. ehhhh tetibe kaan emo kaan.
Dannnn aku ikut je apa yang prof tu suruh. Masa tu aku rasa Masyaallah sangat kagum dengan kecekapan prof. Sangat smooth dan cermat. Dan aku completely sedar masa operation 100%. Aku dapat rasa dia letak alcohol dalam mata dan dia kikis2/sapu2 selaput mata aku masa sebelum dia laser. SAKIT TAK? TAK LANGSUNG! Mula2 prof buat mata kanan dulu dan alhamdulillah aku rasa sangat2 tenang. Lepas dia kikis2 selaput tu, aku terpaksa menghadapi cahaya terang lampu tu. Dan aku sangat sangat silau. Tapi takleh tutup mata sebab dia dah letak alat yang memegang mata aku, so aku takleh nak berkelip/tutup mata. Sangat annoyed dan aku macam "prof cepat prof saya tak tahan silau" ahahha. Tapi serious memang silau. Aku cuba pikir pasal benda lain nak alih perhatian aku dari silau tu. Ok la kan, tak sakit pun cuma silau je.
Dan bermulalah mata aku untuk dilaserkan. Prof akan bagi arahan tengok cahaya hijau/merah dan ikut je cakap prof. Pastu masa laser tu aku rasa Ya Allah Ya Allah kagumnya aku macam ni je dia buat. Tak tahu nak describe macam mana tapi masa tu rasa sebak takleh nak cerita. Tapi takde lah nangis. Dan Prof ada cakap awal2 kalau ada terbau hangus tu, bukan sebab mata kita terbakar tapi bau mesin tu. Aku ada bau hangus tu dan okay je takde pape pun. Lepas siap mata kanan, mata kiri pulak.
Lepas siap kedua dua mata, dengan keadaan mata tertutup oleh kapas, aku rehat sekejap pastu staff tu bukak kapas tu dan poooohhhh poohh trang trang alhamdulillah mata aku dah nampak jelas! Dan lepas operate, kene baring atas katil yang dia sedia dan letak artificial tears banyak2 sebab mata kering.
Korang agak2 berapa lame operation tu? sejam? setengah jam? naaaaaaahhhh aku rase 10-15 minit macam tu je tuan-tuan dan puan-puan.
Dan lepas je bangun dari katil, bermula lah episod pedih dan air mata taknak berenti keluar. Bukan sebab nangis, tapi macam kalau kupas bawang kan, air mata automatik keluar kan? haaa macam tu la.
Before balik, doktor check lagi mata semua dan aku memang tutup mata dengan tudung. please aku taknak tengok cahaya pedih oiiiii. Masuk kereta pun tak tengok jalan langsung sebab aku tutup mata dengan tudung. DAN YES JANGAN LUPA BAWAK SHADES YE!Dan sesape ingat cuaca masa bulan Mac? Masa tu sangat2 terik.
Aku tidur kat Grand Continental Hotel sebab keesokan harinya ada follow up kan, takkan lah nak ulang alik dari Dungun Kuantan dua hari berturut. Masuk bilik, terus letak ubat dan tidur. Bangun tidur petang tu, mata terang benderang dan boleh teman adik pergi mandi kolam. Tapi aku tak mandi lah ye. Alhamdulillah atas nikmat Tuhan.
Tapi staaay tuneee ada banyak lagi nak cerita kejadian kejadian seminggu selepas operation!
Salam.,ntuk bayaran tu boleh tak buat installment? Ke mmg kene bayar sekaligus cash?
ReplyDelete