Saturday, July 20, 2019

Apa aku buat bila aku sedih

Dalam 2-3 tahun ni, boleh kata aku hadapi rough time. Macam macam berlaku sampai aku terduduk termangu.Ujian aku mungkin tak setanding dengan orang lain, tapi still affect aku punye emotional, physical wellbeing. So nak share apa yang aku buat untuk paksa diri aku untuk jadi kuat dan tabah, sebab hanya diri sendiri yang boleh tolong. Yang aku buat ni adalah untuk diri aku, mungkin tak sesuai dengan korang. Dan mind you, aku ni perempuan, aku rasa lelaki lain sikit.

Belajar Al-Quran
Macam cliche kan. Tapi serious sgt2 membantu. Aku cari ustazah yang boleh ajar aku mengaji one by one, face to face. Aku siap request nak cikgu yang lebih tua dari aku sebab aku sejenis yang ego, dengar cakap orang tua je. Aku pergi mengaji 3 kali seminggu, pkul 8-9pm. Bila aku belajar, seriously byk sgt aku kena perbetul bacaan. Dengan tona suara baca al quran yang keras tajwid caca marba, ustazah yang aku sayang tu sabar je.

Mula mula belajar, aku tak rasa pape pun. Tapi lama2, bila dah tajwid makhraj okay sikit, entah lah rasa seronok pulak. Dan proses nak rasa seronok dengan Al Quran ni, aku ambil masa lama. Aku dah khatam dah sekali dengan ustazah tu, sekarang ni tengah tadabbur pulak. 

Aku pujuk hati, al quran ni lah yang abadi dari zaman Rasulullah sampai lah kiamat, ayat tak akan berubah, Allah jaga. Jadi aku nak manfaatkan masa aku dengan kitab suci ni. Aku nak belajar aku nak tahu. Ak doa Allah kuatkan aku utk beramal.

Dan bila tadabbur Al Quran, kita akan jumpa cerita nabi2 dulu. Kisah nabi ayub sakit kulit yang dahsyat sampai semua tinggal dia, nabi yusuf pulak adik beradik dia buang dalam telaga pstu masuk penjara pulak, nabi yaakub sampai menangis buta teringat kat anak dia, nabi ibrahim kena sembelih nabi ismail, pastu ujian dia untuk tinggalkan anak isteri dia. Dan macam2. Cerita2 die menguatkan aku, ujian aku ini tanda allah sayang. Sebelum ni, byk kali aku fikir mungkin allah benci aku, sebab tu bagi aku macam ni. Tak. Allah sayang. 

Luah pada orang lain
Honestly, aku sebenarnya menyesal luah perasaan dekat kawan- kawan aku. Meh aku cerita kenapa. Ok, mula2 mase aku luah semua benda dekat kawan2 aku, aku lega ada pendengar. Orang perempuan mmg macam ni ye, kene luah, kene ada orang dengar. 

Tapi lama-lama aku perasan, dieorg sebenarnya judge kau. Sebab dieorg ni manusia. Takkan la dengar je tak fikir tak respons apa2. Kau kan nak luah je.. lama2 ko perasan, dieorg akan bagitahu pendapat dieorg sendiri based on dieorg punye life experience, macamana cara dieorg dibesarkan atau environment dieorg lah senang crite. Kadang apa yang kau cerita dan rasa tu, macam tak kena dengan yang dieorg paham dan digest. Ada la aku sentap sikit dengan kata kata kawan aku ni. 

Iya ada banyak jugak yang dieorg nasihat ke bagi opinion ke yang betul, yang tu aku terima. Tapi kalau yang aku sentap tu, aku jadi lagi hancur hati susah la nak crite camne ek. Jadi teringat ringat. 

Satu lagi, bila aku cerita kisah2 sedih stress aku kat orang lain, sebenarnya aku bagi energi negatif kat dieorg. Kesian plak. Dieorg akn terkesan dengan emosi dan cerita aku. Sebab tu kita tak suka berkawan dgn org sedih je manjang. Rasa bosan lemau kelam kan. Perasan tak bila kita happy contohnya post apa2 yg happy kat insta ke apa ke, org akn respons. Sebab tgh happy, ramai nak kawan tau.

So bagi aku, nak cerita kat orang, pilih orang. Pikir banyak kali. Betul ke perlu aku cerita ni? Betul ke? Wahai diri aku sendiri, tolong la ingt ni. Jangan jadi mcm aku. Kang menyesal. Rasa nak putar waktu.




Hayati Asma al husna
Masa aku belajar dekat uni dulu, ada la pergi satu qiamulail ni, lepas solat sume tu, die doa guna asma ul husna. Doa tu sgt menusuk hati macam aku rase tengah betul2 cakap dengan tuhan. Dan lepas subuh, ustazah (kot?) ajar doa guna asma ul husna siap bagi pamphlet.

Awal tahun ni, dah hampir tiga tahun aku kerja, tetibe aku mcam teringat ringat kat ustazah tu, kata kata die dan asma ul husna. Tup tup keluar kat newsfeed fb pasal ustazah ade ceramah kat kemaman. Aku pun pergi lah. Refresh lah sikit pasal asma ul husna. 

Allah ni kan ada 99 nama. Setiap satu tu aku rase terkandung macam2 khasiat kalau kita amal. Cuba try cari buku yang hurai psal asma ul husna. Byk je kat kedai tu. Pilih yg simple dulu. Kang pilih yang panjang kan tak baca pulak. Contoh: al alim. Allah ni maha mengetahui semuanya even daun gugur sehelai pun dia tahu. Takkan lah apa yang kau rasa, kau hadap, al alim tak tahu? 

Mengenal Allah ni insyaallah dapat menguatkan diri kita.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kWmi5KMnZeOx6mAUKrtk3s86elQYFlTd
Dengar youtube dan podcast
Disebabkan aku jadi malas membaca sejak kerja ni, aku selalu dengar youtube/podcast prof muhaya, aiman azlan, jay shetty, aida azlin etc. Eh aku rasa bukan aku malas membaca. Sebenarnya aku jadi numb, aku jadi macam kosong tak tahu dah suka apa. Bile ko tekan je youtube ko mmg akan dengar je waktu ko tgh nak siap2 ke baring atas katil je ke. Aku paksa diri aku dengar. Sebab aku nak tolong diri aku. Aku kena kuat. Aku yang kena cari menda2 ni utk jadi bahan utk ak motivate diri sendiri. And it helps :) 

Shopping
Alhamdulillah tuhan tak uji sangat aku bab kewangan semenjak kerja ni. Tuhan bagi aku rezeki yang aku rasa cukup. Aku beli je apa2 yang aku suka. Aku beli baju yang aku suka, skincare mekap etc. Aku makan apa aku nak. And honestly it really helps. Aku happy. Tapi kena kawal jangan tak sedar diri sebab happy yang ni sementara je. Jangan shoping lebih2 sampai kena catu makan. 

Stay away from instagram and toxic friend
Yang ni paling aku bersyukur aku ditch insta aku. Nak tahu tak? Masa aku tengah murung tu, aku kerap sgt upload itu ini kat insta sume menda nak cerita nak tunjuk nak selfie. Seolah olah happy la kunun. Lama lama aku tersedar, kawan2 aku yg tak berapa rapat sgt ni ingt ak happy 100%. Padahal hmm. Dieorg tak tahu. So realitinya, org ni, akan post yg happy2 je yang die tunjuk. Kita yang tengok ni mula la compare itu ini kenapa la org lain happy je hidup kita ni sendu je. 

Mula2 aku try, tengok gambar org lain utk tak fikir negatif. Tapi aku bukannya sejenis kuat sgt . So jalan terbaik,aku tak buka insta. Aku tak tengok sume tu. Result dia, ya allah tenang oi. Biar la aku tak tahu apa org lain post, cerita org lain. Dan biar la org lain tak tahu apa aku achieve, apa aku buat. Seriously tak penting pun semua tu. Ask yourself, betul ke penting? Cuma aku buat la ig baru khas untuk shopping je hahaha follow kedai2 je tak follow yang buat aku rasa down ke ape.

Dan satu lagi the hardest one i guess, aku tak jumpa dan aku limitkan contact dengan orang orang yang mulut laser atau mana2 individu yang aku rasa tak best setiap kali jumpa. Mungkin org tu tak salah pape. Tapi aku minta maaf, aku tgh nak heal diri aku dan aku rasa ini yg terbaik.

Aku perasan kalau dulu2, aku akn jaga hati org.. sekarang, aku jaga hati aku dulu sebab sapa lagi nak jaga kalau bukan aku. Tapi aku doa tuhan tak golongkan aku dlm org yg sombong.

Haa aku rase setakat tu je la. Aku kongsi je ape yang aku buat. Yang tengh bersedih plak tanye diri korang, apa patut korang buat.

Last words: Have faith in Allah


Tuesday, July 16, 2019

28 tahun

Bila dah dewasa, seakan akan baru tersedar bagaimana dunia berputar.. Sungguh, kehidupan kanak-kanak sangat seronok, tiada beban di bahu dan di otak. Waktu usia begini, pahit maung telah ditempuh, manisnya ada, tapi ditampar kuat. Ditampar seolah olah baru tersedar  hidup ini sangat memerlukan Allah. Tiada daya sedikit pun untuk menghadapi semua ini tanpa Allah.  Semua Allah atur. Dulu terlupa, lalai, seolah tak sedar..

Bila diberi ujian demi ujian, nikmat demi nikmat, baru sedar diri ini penuh sombong, penuh lalai, menyiakan apa yang ada. Sangat struggle untuk melawan nafsu mazmumah diri sendiri.. kerana terus terusan melakukan kesalahan, seakan tak tahu yang hidup ini untuk apa.. sikap macamni seolah olah sudah sebati..

Adik adik, percaya lah, hanya Allah boleh tolong kita semua. Satu masa, kita akan merasakan tiada manusia yang dapat menolong, malah ada yang memerli menyindir mengejek, even parents kita sendiri, sebab dieorg hanyalah manusia, yang akan melakukan kesalahan.

Berat sangat dada dan perasaan sehingga tiada kata untuk ungkap segala rasa..

Hanya kepada Allah aku berserah.

Semoga Allah kurniakan daku husnul khatimah dan diampunkan dosa semuanya.. ya allah, masukkanlah aku dalam golongan yang bersyukur dan bersabar, redha dengan segala qada dan qadar mu.