Monday, September 21, 2015

SELEPAS LASIK OPERATION UIA KUANTAN

Bismillahirrahmanirrahim

FIRST DAY (20/3/2015)

Terbangun pukul 5, nak celik mata tapi mata sangat pedih. Dan susah nak celik seakan2 kelopak mata digam. Bukak mata slow2 dan terus titik segala ubat mata. Alhamdulillah mata sangat terang. Cuma rasa pedih. Selepas breakfast, pergi klinik mata dan Alhamdulillah doktor cakap mata tiada masalah. Rasa pedih tu biasa sahaja. 

SECOND-THIRD DAY (21-22/3/2015)

Adik panggil aku dracula sebab langsung tak nak keluar dari bilik yang gelap. Mata sangat silau. Unfortunately, aku rasa mata makin kabur. Rasa agak sedih dan berdebar. Aku mesej hotline KLINIK UIA dan segalanya akan dicheck pada hari appoinment yang ditetapkan pada 23/3/2015.

FOURTH DAY (23/3/2015)

Tak sabar nak tunggu appointment yang ni sebab nak tahu kenapa mata kabur. Alhamdulillah doktor cakap hanya sel2 mata yang berkumpul betul2 depan anak mata. Prof tunjukkan sel2 mati  tu kat komputer dia. Alhamdulillah, so kiranya bukan masalah besar. Lega sangat. Prof cabut contact lens yang dipakai, Alhamdulillah langsung tak sakit.

Prof bagi pilihan samada nak cuci sel2 mati tu dan start balik pakai contact lens ATAU nak biarkan aje. Dia boleh di-removed bila kita kelip2 mata tapi ambik masa sikit. Aku semestinya pilih cara natural sahaja sebab taknak dah ulang episod-episod sebelum ni haha. Lepas balik tu lega.

FIFTH-SEVENTH DAY (24-26/3/2015)

Dah boleh slow2 tengok tv dan baca2 kat henpon sikit2. Mata pun semakin terang alhamdulillah. Selalu je kelip2 mata kononnya nak bagi sel-sel mati tu ke tepi sikit dan berdoa agar air mata dapat dissolve sel2 mati tu cepat2. Rasa pedih dan silau sangat berkurang.

Appoinment seterusnya:

27/3/2015
10/4/2015
19/6/2015
18/9/2015 --- LAST APPOINTMENT. DISCHARGED :)

Alhamdulillah mata aku terang dan tiada sebarang masalah. Tipsnya rajin2 letak ubat, jangan skip dose. Dan aku pakai artificial tears secara berterusan sehingga hari ini. 

Yes, silau aku masih ade tapi sangat2 berkurang. 3 bulan pertama,aku memang pakai shades ketika drive waktu siang. Sekarang ni, sebelum drive, aku titik artificial tears sebab bila mata kering, akan menyebabkan lagi silau.


beli kat WATSONS RM13.95 untuk 5mL. Ye, harga agak mahal, Walaupun 5mL, tapi aku perasan tahan hampir sebulan. Aku pernah tukar artificial tears brand lain tapi mata jadi pedih dan  kena guna dengan sangat kerap untuk elak dari mata kering. So far, yang ni memang best.

Aku nak ucap sangat2 terima kasih kepada Prof, doktor-doktor dan semua staff di Klinik UIA Kuantan. Servis dan layanan sangat baik walaupun kalian super busy.Doakan mata saya sentiasa sihat ye. 




Ok dah, tu je.

Wednesday, September 16, 2015

JIKA HATI

Jika hati sentantiasa berniat baik
Allah kan pertemukan ia dengan hal-hal baik
Tempat-tempat baik, orang-orang baik
Atas kesempatan berbuat baik

Jika hati dilatih agar bahagianya bersebab taat
Kegembiraannya terhadap karunia kan berlipat
Rasa syukurnya atas segala kan menguat

Tapi jika hati hanya rasa terbahagia bersebab karunia
Kepekaannya terhadap nikmat kan berkurang
Kekuatannya untuk bersyukur kian hilang

Jika hati dilatih agar sedihnya bersebab maksiat
Daya perbaikan dirinya kan berkembang
Kekuatan sabarnya menghadapi musibah kan menjulang

Tapi jika hati hanya terbiasa bersedih
Bersebab sempit, kurang, dan kehilangan
Amal durhaka akan menjadi ringan
Dosa-dosa pun terasa sebagai kenikmatan

Buku Lapis-lapis Keberkahan--Salim A Fillah

Sunday, August 23, 2015

LASIK IIUM KUANTAN OPERATION DAY

                                                 Bismillahirrahmanirrahim

Ok sambung cerita LASIK.

Aku operate pada 19 Mac 2015.

18 MAC 2015- SEHARI SEBELUM OPERATE

Lebih kurang pukul 6.30am, staff IIUM Eye Specialist Clinic telefon aku. Akak tu cakap aku dapat method PRK. Masa tu aku berdebar sangat sebab dalam kepala aku alamak PRK pedih lepas operate! Aku dah survey bebanyak dalam blog2 orang lain. Semua kate pedih! 

Malam tu aku berdoa je banyak2.

p/s: sebenarnya, tak seteruk yang disangka okay, dont worry.

19 MAC 2015-OPERATION DAY YEAY

Bangun tidur pepagi tu rase tenang je alhamdulillah. Seperti biasa bertolak awal pagi ke IIUM Kuantan dengan famili. Breakfast kenyang-kenyang. Satu pinggan kuey teow no hal la boleh habis hihi. 

Sampai aje dekat klinik tu, buat pembayaran dulu, rm3200 (masa appointment kedua dah bayar rm300). Akak kat kaunter pembayaran tu dah kasi siap2 beg yang ada segala ubat dan kaunsel aku macamana dan bila nak guna ubat-ubatan tu. Pastu tunggu je giliran untuk dioperate dan aku punye giliran last sekali.

Nama dipanggil, buka kasut dan masuk bilik "persediaan-before-operation". Spek mata dah bagi dekat mama siap-siap yang tunggu kat luar bilik tu. Bawak masuk diri sendiri dan beg ubat yang dia bagi tu.

Kena tukar baju hijau/biru (lupa kaler ape) yang dia bagi dalam bilik persalinan. Tak best okay sebab masa tu rabun pastu masuk bilik asing, terkial-kial dan muka staff dia pun dah nampak kabur benor. Pastu akak tu tepekkan kapas kat tepi telinga dan masa tu rasa macam teletubbies dah ahahaha.  Kapas tu kene tempek sebab nanti masa operate dia sembur2 air kat mate kang masuk telinga. Alhamdulillah tak nervous tapi excitedddd sangat nak operate.

Lepas tu, tunggu lagi doktor panggil untuk operate. Sebelum masuk dalam bilik operation yang bebetul punya, prof titiskan ubat mata yang aku lupa dah untuk ape. Masa tu dah tak tanya dah. Tak tahu la sebab nervous ke sebab excited.

Bila masuk  operation theatre, terkejut sebab mesin tu besar dan kerusi besar ada satu je. Pastu baring je ikut je cakap prof. Jangan nak melawan pulak okay. Prof dan staff tu tahu kerja dieorang. ehhhh tetibe kaan emo kaan. 

Dannnn aku ikut je apa yang prof tu suruh. Masa tu aku rasa Masyaallah sangat kagum dengan kecekapan prof. Sangat smooth dan cermat. Dan aku completely sedar masa operation 100%. Aku dapat rasa dia letak alcohol dalam mata dan dia kikis2/sapu2 selaput mata aku masa sebelum dia laser. SAKIT TAK? TAK LANGSUNG! Mula2 prof buat mata kanan dulu dan alhamdulillah aku rasa sangat2 tenang. Lepas dia kikis2 selaput tu, aku terpaksa menghadapi cahaya terang lampu tu. Dan aku  sangat sangat silau. Tapi takleh tutup mata sebab dia dah letak alat yang memegang mata aku, so aku takleh nak berkelip/tutup mata. Sangat annoyed dan aku macam "prof cepat prof saya tak tahan silau" ahahha. Tapi serious memang silau. Aku cuba pikir pasal benda lain nak alih perhatian aku dari silau tu. Ok la kan, tak sakit pun cuma silau je.

Dan bermulalah mata aku untuk dilaserkan. Prof akan bagi arahan tengok cahaya hijau/merah dan ikut je cakap prof. Pastu masa laser tu aku rasa Ya Allah Ya Allah kagumnya aku macam ni je dia buat. Tak tahu nak describe macam mana tapi masa tu rasa sebak takleh nak cerita. Tapi takde lah nangis. Dan Prof ada cakap awal2 kalau ada terbau hangus tu, bukan sebab mata kita terbakar tapi bau mesin tu. Aku ada bau hangus tu dan okay je takde pape pun. Lepas siap mata kanan, mata kiri pulak.

Lepas siap kedua dua mata, dengan keadaan mata tertutup oleh kapas, aku rehat sekejap pastu staff tu bukak kapas tu dan poooohhhh poohh trang trang alhamdulillah mata aku dah nampak jelas! Dan lepas operate, kene baring atas katil yang dia sedia dan letak artificial tears banyak2 sebab mata kering.

Korang agak2 berapa lame operation tu? sejam? setengah jam? naaaaaaahhhh aku rase 10-15 minit macam tu je tuan-tuan dan puan-puan.

Dan lepas je bangun dari katil, bermula lah episod pedih dan air mata taknak berenti keluar. Bukan sebab nangis, tapi macam kalau kupas bawang kan, air mata automatik keluar kan? haaa macam tu la. 

Before balik, doktor check lagi mata semua dan aku memang tutup mata dengan tudung. please aku taknak tengok cahaya pedih oiiiii. Masuk kereta pun tak tengok jalan langsung sebab aku tutup mata dengan tudung. DAN YES JANGAN LUPA BAWAK SHADES YE!Dan sesape ingat cuaca masa bulan Mac? Masa tu sangat2 terik. 

Aku tidur kat Grand Continental Hotel sebab keesokan harinya ada follow up kan, takkan lah nak ulang alik dari Dungun Kuantan dua hari berturut. Masuk bilik, terus letak ubat dan tidur. Bangun tidur petang tu, mata terang benderang dan boleh teman adik pergi mandi kolam. Tapi aku tak mandi lah ye. Alhamdulillah atas nikmat Tuhan. 

Tapi staaay tuneee ada banyak lagi nak cerita kejadian kejadian seminggu selepas operation!








Saturday, February 28, 2015

LASIK IIUM KUANTAN SECOND APPOINTMENT

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah selesai pun second assessment aku pada 24 Februari (Selasa) lepas. Sori lambat update sebab banyak sangat benda yang berlaku semenjak dua menjak ni. Tapi bila sibuk-sibuk ni, rasa happy pulak sebab banyak masa dimanfaatkan ye dok?hehe.
Macam previous assessment , aku bertolak pepagi lagi dengan aboh, mama dan adik. Dieorang semua ambik cuti sebab nak teman aku. Sebelum bertolak, aku prepare breakfast siap-siap, so aku makan dalam kereta bila rasa lapar. Rasa macam tak berselera nak makan kat kedai pepagi hari. Ohh untuk memudahkan semua, aku listkan perkara yang perlu dibawa/dibuat untuk second assessment.

1. Bawa kad appointment
2. Bawa teman sebab anda tak boleh drive lepas second assessment (yang ni aku akan cerita lebih lanjut)
3. Bawa duit rm300++. Kenapa ada plus? Sebab nanti die ada bagi ubat. Dan harga ubat tu tak termasuk rm300.
3. Breakfast dulu sebelum pergi klinik sebab appoinment ini memang lama. Aku punya dari pukul 9am-2pm. Di bangunan kuliyyah of medicine tu ada cafe, tapi tak pasti pulak buka pukul berapa.
4. Shade hitam jika ada. Kalau takde, takpe kot. Tapi pengalaman aku, lepas keluar dari building tu, aku rasa silau sangat, sakit mata. Mungkin sebab cuaca sekarang yang sangat panas. Dan Alhamdulillah aku ada benda kat bawah ni yang aku beli 4 tahun lepas.

Shade hitam tu aku sangkut je spek yang aku pakai
Sebenarnya staff dia ada telefon hari Jumaat sebelum tu untuk sahkan kehadiran aku. Masa mula-mula sampai tu, sangat lengang. Rupanya hari tu memang dikhaskan untuk orang yang buat second assessment. Sekali lagi aku cakap jangan lewat dari pukul 9 tau! Nanti tak sempat nak jumpa doktor.

Bila sampai je, memang staff tu tengah tunggu aku. Aku serahkan kad appoinment dan dia ada bagi borang untuk aku isikan. Lepas isi semua tu, dia bawak aku masuk ke dalam bilik untuk cek power spek mata, tekanan dalam mata (IOP) etc. Pemeriksaan pada pepagi hari tu aku rasa dah buat masa first assessment. Maybe dia nak cek sekali lagi kot.

Lepas cek2 kat bilik tu, aku jumpa optometrist pulak. Dia cek power mata kita. Yang ini macam biasa, kita kene bace huruf yang besar, kecik bla bla tanpa pakai cermin mata. Lepas jumpa optometrist, staff yang iring kita untuk satu hari tu cek lagi mata kita lebih mendalam. Okay. Disebabkan mesin tak dapat print image bahagian mata aku yang elok, staff tu cakap aku kena diberi ubat untuk 'dilate'kan/kembangkan biji mata hitam aku (rasanya lah, mintak maaf kalau pemahaman aku salah). So, image tu lebih terang dan jelas untuk dibaca oleh Doktor. 

Ubat titis ni lah yang membuat mata kita silau sebab dia kembangkan anak mata kita. Dan bukan semua orang akan dititiskan ubat ini. Bermakna, bukan semua orang dapat effect silau lepas assessment ye.

Dan yang tak best bila kena titis ubat ni, kita kene jumpa optometrist sekali lagi untuk proses yang sama. Sebab dia cakap result lepas dititikkan ubat tu mungkin lagi tepat dan bagus dari yang pertama. Takpelah, baguslah dia betul2 cek kondisi mata kita before operation kan. Rasa selamat pulak. 

Lepas jumpa optometrist untuk kali kedua, die ulang lagi cek mata aku untuk dapatkan image dari mesin tu. Lepas tu aku kene jumpa doktor. Tapi masa tu doktor takde, so staff aku bagi kaunseling pasal operation ni. Masa kaunseling tu, die terang perbezaan atara LASIK dan PRK. Rupenye UIA ada buat prosedur yang uda ni je. Kat tempat lain guna lain prosedur. 

Sekiranya ada persoalan, tanye je semua masa ini. Jangan malu nak tanya tau, sebab ini melibatkan mata kita. Biar kita paham bebetul. Dan aku perasan, semua slides dan pamphlet dia bagi dalam English, macam mana lah kalau makcik2 atau pakcik2 yang lebih prefer Malay paham ye? Aku harap yang prefer Malay, terus terang dengan staff tu nak paham bebetul. Staffs tu explain dalam bahasa melayu cuma slides in English. Okay, untuk perbezaan LASIK dan PRK, dia ade bagi video, sangat jelas penerangannya.

Alhamdulillah, aku bagitahu staff tu nak operate masa cuti sekolah 13-21 mac. Dan insyaallah surgery aku 19mac. Lepas jumpa doktor (doktor cakap semua okay alhamdulillah), aku kena bayar rm324 dan perlu guna ubat titis untuk mata kering setiap hari (harga termasuk dalam rm324). 

Dalam duk happy-happy mata aku okay untuk surgery ni, boleh pulak aku lupa nak tanya harga total? hehehe. Bila balik rumah aku mesej kawan aku, bagitahu aku punya surgery 19mac. Pastu kawan aku tanya berapa ribu, terus aku telan air liur. Kenapaaa la dalam banyak2 soalan, aku tak tanya yang ni haha! Penting kot. Dalam hati aku doa kuat2 mintak2 la rm3500 je total. Rasanya lepas GST (kot), barulah total rm5000.

Esoknya, aku call IIUM Eye specialist clinic, tapi tak dapat. So aku gune hotline, +60199112642 (SMS SAHAJA). 

"Baki bayaran rm3200. Cash atau credit card."

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!

So, lepas 19 mac ak update lagi ye! lepas mata aku dah okay insyaallah.

Thursday, February 5, 2015

Cara-cara menggunakan ubat titis mata/eye drop dengan betul

Assalamualaikum wrt

Beberapa minggu lepas, mak aku nak guna eye drops disebabkan oleh bacterial conjunctivitis. Dia mengadu selalu je ubat tu masuk ke dalam tekak. Pahit rasanya. So, aku nak bagitahu cara nak guna eyedrop dengan betul.

1. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas. Sangat penting ye basuh tangan lepas guna ubat supaya takde la tetibe rasa pahit ubat masa makan nasi :)

2. Dalam posisi duduk/berbaring, dongak ke atas, mata kita menghadap siling

3. Tarik kelopak mata bahagian bawah, seolah-olah membentuk satu poket.
Nampak tak poket tu?
4. Pastikan mata masih memandang ke arah atas, halakan ubat titis ke arah kelopak mata yang bawah itu. Pastikan muncung ubat titis (bekas ubat) tidak mengenai mata (untuk mengelakkan jangkitan tidak mengenai bekas tersebut)

5. Titikkan satu titis ubat mata ke dalam poket yang terbentuk.Pastikan hanya satu titis sahaja. Jika lebih dari itu, ubat akan mengalir keluar dari mata. Membazir.
Mata hitam memandang ke arah siling, bukan ke arah ubat tu, so kurang rasa gerun nak titiskan ubat
6. Tutup mata dan cuba untuk tidak berkelip untuk seketika. Jangan gosokkan mata.

7. Ketika mata masih tertutup, tekan bahagian mata tepi hidung untuk mengelakkan ubat masuk ke dalam "tear duct" seterusnya masuk ke dalam hidung/tekak. sebab tu la rasa pahit! dan satu lagi sebab ialah, kita nak ubat itu stay dalam mata selama mungkin untuk bertindak dalam mata kita. Tapi jangan tekan kuat sangat, tekan biasa-biasa je.

Picit kat tepi hidung tu

8. Jika doktor mengarahkan letak lebih dari setitis ubat dalam satu masa, ulang proses di atas dan pastikan titis kedua dilakukan beberapa minit selepas titisan pertama. Ini kerana, ruang mata hanya boleh menakung satu titis sahaja. Lebih dari itu, ubat akan mengalir keluar. Membazir!

9. Ubat titis mata hanya bertahan selepas 28 hari dibuka. Lepas 28 hari, sila buang ye!

Saturday, January 17, 2015

LASIK IIUM KUANTAN FIRST APPOINTMENT

Bismillahirrahmanirrahim

Lepas dah fikir banyak kali mana nak buat LASIK ni, akhirnya aku buat keputusan nak buat di IIUM Kuantan. Terima kasih Atiyah sebab bagi nombor telefon  IIUM Eye Specialist Clinic Tel: +609-570 4550 (office hour). Kita kena call untuk tempah appoinment. Akak yang jawab telefon aku tu sangat membantu dan sweet. Dia ada la terang sikit-sikit pasal LASIK ni.

Dia cakap sebelum eye surgery, dua assessments perlu dibuat. Assesments ini kena buat untuk menentukan samada kita selamat atau tak untuk surgery ini atau surgery method mana yang sesuai dengan keadaan kita. First assesment dibuat untuk check part mata yangdepan dan second one pulak dia check bahagian mata yang dalam-dalam.

So, masa aku called tu, dia mintak la details pasal kita sikit-sikit: nama, nombor telefon etc. Dia cakap first screening dibuat setiap Rabu dan Jumaat. Aku called dia hari Isnin dan aku pilih Jumaat. Dia cakap Jumaat minggu tu dah penuh so aku picked Jumaat depan siap-siap. So, penting tau call awal-awal kalau nak buat ni cepat-cpeat sebab appointment selalu penuh heeeee, kalau tak sabar la macam aku ni.

Dia cakap datang antara pukul 8.30am-10am untuk ambil nombor giliran. Aku ada terpandang dekat pintu masuk klinik tu, klinik tutup pukul 12.30pm pada hari Jumaat. Akak tu pesan datang awal seboleh-bolehnya pukul 8.30am supaya sempat doktor tu nak jumpa kita dan siap awal. Perlu bawa apa-apa? Untuk first screening, tak payah ye. Bila second appoinment, baru la kena bayar deposit rm300 (tak termasuk harga ubat-ubatan yag perlu dibawak balik lepas second assessments). Aku tanya bila possible date yang aku boleh buat surgery kalau appointment Jumaat tu jadi. Dia cakap tarikh second appoinment yang available adalah masa bulan May dan tak pasti mengenai surgey. Aku dah la tak sabar nak buat cepat-cepat tapi masa tu dah redha dan tawakal je.

Alhamdulillah  ayah aku nak drive bawak aku ke sana (Terengaanu cuti hari Jumaat). Kalau tak, aku naik bas la pastu duduk kat IIUM Guest House la kot. Last sekali satu family pergi hehe.Kiteorang bertolak dari rumah (Dungun) pukul 6.30am dan sampai sana 8.30am. Biasa la ayah aku ni punctual, mana boleh lambat-lambat. Disebabkan kiteorang ni jarang berjalan belah-belah Kuantan ni, biasenye pusing-pusing Ganu dan Kelantan je, so aku pakai la Google Map. Search je Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan, Jalan Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang. Insyaallah sampai ye.

Aku spesifik kan destinasi kita ye, iaitu di Kuliyyah of Medicine, UIA. Dalam bangunan Kuliyyah of Medicine ni ada klinik mata. Bila masuk pintu gerbang UIA, turn left, straight sikit ada tempat uturn, pastu kene uturn tau. Maknanya, kita nak ke kanan dari pintu gerbang tu. Pastu straight sampai jumpa roundabout, turn left (pukul 9). Jalan depan sikit pastu jumpa la bangunan Kuliyyah of Medicine. Kalau tengok banyak kereta parking kat bangunan lepas roundabout tu, ye la tu. Semestinya ada cafe kat situ, so kalau tak breakfast lagi dan sampai awal, boleh la makan dulu kat cafe tu.

Eye Specialist Clinic ada kat level 4, so boleh gunakan lift ye. Masuk je dalam tu, terkejut sebab masa tu dah ramai orang padahal baru je pukul 8.40am. Patut la akak tu suruh datang awal. Aku pergi tanya akak kat kaunter tu dan akak tu bagi borang yang dikepilkan nombor giliran kita. Isi borang tu dan lepas siap, staff akan panggil nama kita untuk check mata.

Tak sampai 10 minit,nama aku dipanggil. Laju benar, bagus betul servis dia. Pastu kene masuk satu bilik ni dan dia check mata kita eg tekanan dalam mata, power spek. Lepas selesai dia check tu (sekejap je dalam 5-10minit), staff tu terang lebih lanjut mengenai LASIK ni. Sebelum tu dia ada tanya mengenai berapa lama pakai spek, allergy, any medication issue/history, family medical history, any eye injury history etc. Untuk ibu pregnant dan breastfeeding, kene tnggu habis breastfeed  baru boleh buat LASIK ni sebab perubahan hormon berlaku masa preggy/BF. Supplements seperti ikan pati haruan, collagen, whey protein dan several others (tak ingat hehe) tak disarankan ambil dalam tempoh 6 months after surgery sebab menganggu proses penyembuhan luka secara semulajadi. Kalau pakai contact lens, sebulan sebelum surgery dia suruh stop pakai. Aku rasa nak prevent any risk of eye infection sebelum surgery kot. Disebabkan aku tak pakai contact lens, so aku tak ambik pusing sangat.

Pastu dia terang lagi. Method of eye surgery ada tiga: LASIK, PRK, LASEK. Dia terang perbezaan antara tiga serangkai ini. Method ni dipilih ikut kesesuaian pesakit. Contohnya, kalau cornea nipis, LASIK tak sesuai untuk pesakit tu. Dalam dia duk terang-terang tu, aku berdoa la dapat LASIK method (amin) sebab recovery dan procedure dia paling cepat dan side effects dia paling tak leceh. Dia ada bagi pamphlet pasal tiga serangkai ni so boleh la baca atau google masa kat rumah.

Lepas tu, kene tunggu giliran untuk jumpa doktor dekat ruang berdinding hijau. Doktor sendiri yang akan panggil nama kita. Doktor akan check mata kita (maybe untuk check mende lain pulak, lupa nak tanya doktor check apa). Alhamdulillah doktor tu cakap berdasarkan first screening (check part mata yang depan2 je), aku boleh buat LASIK. Tapi still kene tunggu second assessment untuk confirmkan betul-betul yang mana sesuai dengan kita. 

Lepas ucap terima kasih kat doktor tu, kene tunggu lagi sekali staff lain panggil nama kita untuk bincang pasal second assessment pulak hehe. Berita baik untuk aku hehehe, alhamdulillah untuk second assesment,ada patient yang cancelkan appoinment dia pada 24/2 so alhamdulillah aku dapat tarikh tu dan surgery akan dibuat 2-3 minggu lepas tu. Dan staff tu jugak ada cakap insyaallah aku dapat harga rm3500 instead of rm5000 sebab masa tu bulan tiga dan maybe harga tak naik lagi masa tu. Ya Allah perkenankanlah permintaan aku dengan membenarkan apa yang dikata akak tu!

Untuk second assessment, perlu bawak rm300++, dan perlu bawak orang teman sebab lepas tu tak boleh drive. Dia akan bagi ubat yang menyebabkan mata kita silau, so prepare spek hitam awal-awal. Dan assessment tu ambik masa lebih kurang 5-6jam, so penting untuk sampai awal ye. Alhamdulillah dah selesai lebih kurang pukul 10. Lepas tu, pergi jalan-jalan Kuantan sekejap dan pergi melawat rumah kawan lama ayah aku. Untuk hari itu, segala puji bagi Allah dan terima kasih keluargaku sayang sebab teman aku. Dan servis oleh staff di IIUM Eye Specialist Clinic sangat baik dan professional. Terima kasih. Insyaallah akan cerita lagi tentang second assessment next, 24/2. Mohon doa semua orang.

Semoga bermanfaat.